Thursday, 18 June 2015

Suasana Dalaman hOmestayZ Perth

Follow Instagram kami @homestayzperth untuk melihat gambar-gambar yang menarik di Perth.

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Untuk tempahan/pertanyaan, klik sini Whatsapp +61423188471

hOmestayZ Perth adalah sebuah homestay Melayu Muslim yang terletak di kejiranan Rivervale,WA. Homestay ini terdiri daripada 2 bilik tidur, 1 bilik mandi dan 1 tandas yang berasingan. Mempunyai ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik cucian. Homestay ini juga mempunyai 'porch' tempat letak kereta di hadapan, halaman luas di hadapan homestay juga sesuai untuk meletak kereta, juga mempunayi halaman di belakang untuk menjemur pakaian cucian atau lakukan aktiviti BBQ.

Ruang halaman yang mampu menampung 2 kereta untuk parking.
Ruang Makan - Mempunyai ruang yang selesa untuk menjamu serta laluan ke halaman belakang.
Dapur - Lengkap serta mempunyai ruang yang luas untuk memasak.
Bilik Ibrahim - Katil saiz Queen yang selesa.
Bilik Ibrahim - Ruang bilik yang luas dan selesa untuk solat.
Bilik Habib - 2 Katil saiz Bujang yang bajet serta selesa.
Bilik Habib - Ruang bilik yang luas, selesa untuk solat.
Ruang Tamu - Bagi mereka yang datang dalam kumpulan besar, Katil Sofa dibuka sebagai tempat istirehat.
Ruang Tamu - Keadaan yang luas, selesa untuk bersolat.
Bilik Mandi - Tab Mandi, Shower dan Sinki (Air Sejuk/Panas). Mudah untuk ambil wudhu'.

Tandas - Secara berasingan dan disediakan bekas air untuk beristinjak.


hOmestayZ Perth tiada mengenakan syarat maksimum untuk tetamu menginap. Walau bagaimana pun, kami tidak menjamin keselesaan sekiranya bilangan tetamu lebih daripada kapasiti yang dinyatakan, iaitu samada 4 orang atau 6 orang.

Check-in seawal jam 7 pagi; Check-out selewat jam 12 tengahari.

*Bond keselamatan sebanyak AUD100.00 diambil dan akan dipulangkan setelah 48 check out.
*Kos Admin sebanyak AUD50.00 per tempahan.

Cara Pembayaran

1) 50% daripada Total diperlukan untuk 'Lock Booking' penginapan. Alamat akan diberi serta merta setelah pembayaran dilakukan.

2) Baki 50% pula perlu dijelaskan selewat-lewatnya 4 Hari sebelum tarikh check-in.

3) Segala pembayaran, adalah melalui akaun Maybank kami di Malaysia dengan mengikut nilai tukaran (kepada RINGGIT MALAYSIA) sewaktu hari pembayaran dilakukan.


Pemulangan Security Bond

1) Security Bond akan dipulangkan ke akaun anda setelah 4Hari check-out. Ianya adalah bagi menunggu laporan daripada Housekeeper (kontraktor pembersihan) yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan setelah anda check-out.

2) Security Bond akan disekat keseluruhan serta merta atas faktor-faktor berikut:

  • Perabot, peralatan serta kelengkapan elektrik dan air milik homestay dipinjam, dibawa keluar atau dialihkan tanpa kebenaran; serta dibazirkan, dirosakkan, dihilangkan atau dicuri.
  • Keadaan karpet atau lantai didalam dan luar homestay (termasuk juga bilik air dan tandas) menjadi kotor, berminyak, berair, basah serta licin. Vacuum dan peralatan pembersihan ada disediakan.
  • Mangkuk tandas, tab mandi serta sinki (bilik air/dapur/bilik cucian) ditinggalkan dalam keadaan kotor, berminyak, berair, basah serta licin. Pinggan mangkuk serta peralatan memasak perlu dilap kering dan disusun kembali ke ruang susunannya semula.
  • Peti ais, ruang dapur serta ruang makan ditinggalkan dengan Bahan Masakan berlebihan, Sampah, dan kekotoran lain. Peti ais mestilah dibersihkan dan dilap kering. Bahan Masakan yang berlebihan, dibungkus dengan baik dan dikumpulkan diatas meja makan, Housekeeper akan sedekahkan kepada yang memerlukan. Sampah perlu dibersihkan, dibungkus dan dibuang kedalam Tong Hijau di halaman depan homestay.
  • Dapur/Stove Elektrik perlu dilap bersih setiap kali selesai memasak atau digunakan, termasuklah ruang grill dan oven.

3) Segala budi bicara pihak tuan/puan dalam mengekalkan kesucian dan kebersihan homestay, amatlah kami harapkan. Agar ianya menjadi amal jariah kita bersama, dalam menyediakan penginapan yang Halal, Suci dan Sejahtera untuk musafir yang lain.

Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di Instagram @homestayzperth 



Lokasi berdekatan dengan Belmont Forum Shopping Centre, bagi mereka yang berhajat membeli-belah pinggan mangku Corelle. Juga Chemist Warehouse untuk membeli minyak wangi. Kedai Halal sekitar Belmont Village dan Kooyong Village. Masjid Rivervale 5 minit memandu sahaja.

Menaiki bas No.37 dari Perth Airport (Terminal 3) dan ke Perth City. Perhentian bas terletak di persimpangan Kooyong Road-Roberts Road. Boleh rujuk pautan tersebut, klik di sini.


Pautan hOmestayZ Perth:
Utama   -   Promosi   -   Lokasi   -   Naik Bas   -   Sekitar   -   Dalaman   -   Masjid   -   Keahlian   -   Tempahan   -   Trip Bajet 


Lokasi-lokasi lain:
- Guangzhou (China)
- Bandung (Indonesia)
- Padang/Bukit Tinggi (Indonesia)
- Lombok (Indonesia)



Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di 
Instagram @homestayzperth

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Tempah Secara Online:
Klik Disini / Whatsapp +61423188471
Ellfie Beauty
Klik Iklan Rakan Blog Kami