Monday, 20 April 2015

Suasana Sekitar hOmestayZ Perth

Follow Instagram kami @homestayzperth untuk melihat gambar-gambar yang menarik di Perth.

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Untuk tempahan/pertanyaan, klik sini Whatsapp +61423188471

Keserasian dan keselesaan persekitaran merupakna faktor utama di dalam pemilihan penginapan. Ini adalah kerana penginap yang kebanyakannya adalah musafir, kurang maklumat serta info berkaitan Perth,WA.

Disini, kami cuba menyampaikan maklumat kepada anda agar tidak terlalu 'stereotype' atau berat sebelah. Buat pengetahuan anda semua, tidak semua tempat di Perth bebas dari kadar jenayah dan isu-isu perkauman. Terutamanya kawasan yang ramai penduduk asli. Kami hOmestayZ Perth bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kejiranan kami rata-ratanya merupakan bangsa yang mesra dan saling hormat-menghormati tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Pihak penguatkuasa tempatan juga ada membuat rondaan keselamatan 24/7 walaupun waktu cuti umum, bagi menambahkan lagi jadual rondaan yang telah dilakukan pihak Polis Western Australia. Ditambahkan lagi dengan kejiranan yang 'Busy Body' secara positif, yang terlalu menitik beratkan soal kejiranan. Anda akan selesa menginap di hOmestayZ Perth. Tidak ubah seperti suasana perkampungan di tanah air pada awal 80-an.

Rivervale terletak di bawah pentadbiran City of Belmont. Antara lokaliti yang paling efektif dan aktif kejiranannya di Perth. Terletak antara Airport dan Perth City, memberi kelebihan kepada lokaliti ini dari segi ekonomi dan masa kekeluargaan.

Jom Jalan-jalan!!!

Peta - Kemudahan sekitar hOmestayZ Perth

Great Eastern Highway (5 Minit Memandu) - Lokasi kedai 24jam - Deli 24hrs; pam minyak - PUMA.
Belmont Avenue (5 Minit Memandu) - Lokasi membeli barangan masakan asian - Yeo's.
Orrong Road (5 Minit Memandu) - Lokasi restoran melayu Spicy T'Cafe.
Abernethy Road (5 Minit Memandu) - Lokasi untuk farmasi dan minyak wangi - Chemist Warehouse; dan barangan 'second hand' serta 'bundle' - Good Sammy & Salvos.
Abernethy Road (5 Minit Memandu) - Lokasi untuk membeli perkakasan elektrik murah - The Good Guys; dan perkakasan tukang serta hiasan 'DIY' - Bunning's Warehouse.

Kooyong Village - Kooyong Road (10 Minit Jalan Kaki) - Lokasi untuk membeli barangan runcit,
sayur, buah - IGA; pizza, kebab - Ali Baba(Halal); fish & chips; farmasi; klinik dan pejabat pos - AusPost.

Belmont Village - Belmmont Avenue (15 Minit Bas 37 Transperth) - Lokasi untuk membeli barangan runcit,
sayur, buah - IGA; daging, ayam, kebab - Halal; dan nasi arab - The Ghan.

Belmont Forum - Belmont Avenue (15 Minit Bas 37 Transperth) - Lokasi untuk membeli-belah barangan berharga
dan berjenama - BigW & K-Mart; kebab (Halal) - food court; barangan runcit, sayur, buah dan makanan laut - Coles, Woolworth & IGA; tempat membeli Corelle. Serta lokasi 'Sunday Market' atau 'Flee Market' pada pagi hari Ahad.
Belmont Oasis Leisure Centre - Robinson Avenue (15 Minit Bas 37 Transperth) - Lokasi rekreasi dan riadah, kolam renang dan gymnasium.

Pautan hOmestayZ Perth:
Utama   -   Promosi   -   Lokasi   -   Naik Bas   -   Sekitar   -   Dalaman   -   Masjid   -   Keahlian   -   Tempahan   -   Trip Bajet


Lokasi-lokasi lain:
- Guangzhou (China)
- Bandung (Indonesia)
- Padang/Bukit Tinggi (Indonesia)
- Lombok (Indonesia)




Nantikan PROMOSI dari kami dari masa ke semasa dengan ikuti kami di 
Instagram @homestayzperth

Like page kami di Facebook

Untuk pendaftaran keahlian. klik sini.

Tempah Secara Online:
Klik Disini / Whatsapp +61423188471

Ellfie Beauty
Klik Iklan Rakan Blog Kami